Wednesday 25 November 2015

PROJEK BINA RUMAH SATU TINGKAT DI KG. SERI BAHAGIA, MOSTYN, KUNAK, SABAH


Tarikh dapat tapak projek membina rumah satu tingkat di Kg. Seri Bahagia, Ladang Mostyn, Kunak, Sabah pada 21hb. Oktober 2015.  Dalam gambar ialah tapak yang belum diratakan untuk mendirikan rumah tersebut.

Selepas beberapa hari melakukan kerja-kerja meratakan tapak rumah, ini lah hasilnya.  Bahan-bahan binaan asas seperti batu, pasir, besi tetulang sais Y10 sudah pun berada di kawasan tapak pembinaan.  Sais rumah pada asalnya ialah (Lebar) 30 kaki x (Panjang) 35 kaki sahaja.   


Kerja-kerja membuat rasuk bumi @ ground beam dan footing @ kasut ...

Hampir selesai melakukan kerja-kerja membuat ground beam dan footing ...

Menuang simen kongkrit gred G25 ke formwork rasuk bumi dan footing.

Rasuk bumi @ ground beam yang telah siap kongkrit.  Kerja-kerja meratakan tapak pula dilakukan untuk memasang plastik sheet dan BRC sais 65.

Lantai rumah telah sedia untuk menerima simen kongkrit.

Kerja-kerja menuang simen kongkrit ke lantai rumah Gred G25.  Bekalan simen kongkrit ini kami dapatkan dari Elite Score Sdn. Bhd. yang berpusat di Lahad Datu, Sabah.  Harga semeter ialah RM371.00 termasuk GST @ 6% ...

Simen kongkrit Gred G25 yang diperlukan ialah 10m3 sahaja.

Lantai simen yang telah siap.

Tinggal tunggu pasang tiang dan pemasangan bata.

Melakukan kerja-kerja memasang tiang dan roof beam @ rasuk atas.  Sais tiang ialah 6x4 inci dengan kekuatan tetulang besi Y10.

Siap sudah bos ...

Menunggu untuk pemasangan dinding bata.  Bata yang digunakan ialah Bata Merah.

Kerja-kerja pemasangan dinding bata sedang berjalan.  Kami mendapatkan bahan-bahan binaan dari 2 syarikat pembekal bahan binaan yang terbesar di Kunak iaitu MOHAMAD SHID TRADING dan JENDJUTA SDN. BHD. 

Hasil yang dapat dilihat dalam tempoh sebulan dari tarikh terima tapak dari tuan rumah.

Bahagian belakang rumah iaitu dapur.  Dinding bata hampir siap dipasang sepenuhnya.

Master bedroom ...

Bahagian hadapan rumah
 Jika anda tinggal di kawasan Kunak, Lahad Datu, Merotai, Balung, Semporna atau Tawau dan berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kami ...  Sila hubungi kami di no. talian 014-653 8526, 013-307 5555 atau 010-548 5861

KAMI DAPAT MENAWARKAN HARGA PALING BERPATUTAN, BOLEH RUNDING DAN MURAH UNTUK PEMBINAAN RUMAH YANG MELIPUTI KOS BAHAN DAN UPAH

KAMI JUGA BOLEH BAGI HARGA SPECIAL UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN

TO BE CONTINUED ... 
(Kerja-kerja pemasangan atap dijangka pada 1hb. Disember 2015)

No comments:

Post a Comment